Banyak cipta lagu untuk drama 'air mata', Ippo Hafiz amalkan cara ini - Video | mStar

PENYANYI, Ippo Hafiz cukup terkenal kerana banyak menghasilkan lagu untuk drama tempatan hingga mendapat jolokan 'raja runut bunyi'.

Mana tidaknya, boleh dikatakan hampir semua drama yang menggunakan lagu ciptaan Ippo sering menjadi 'trending' setiap kali disiarkan.

Menurut Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 30, dia akan berbincang dengan dengan penerbit, pengarah dan pelakon sesebuah drama sebelum menghasil lagu yang sesuai.

“Saya akan turun ke lokasi pengambaran sesebuah drama untuk memahami jalan cerita yang dihasilkan malah saya secara peribadi akan berbincang dengan para pelakon drama tersebut untuk mendapat lebih 'feel',” kata Ippo kepada mStar Online.


Ippo Hafiz dedah bagaimana lagunya sering terpilih menjadi runut bunyi drama tempatan

Untuk rekod, Ippo sudah menghasilkan hampir 15 buah lagu untuk drama tempatan seperti Kekal Bahagia (Cinta Si Wedding Planner), Rahsia Tuhan (Tiada Arah Jodoh Kita) dan Rahsia (Teman Lelaki Upahan).

Dalam pada itu penyanyi yang mula terkenal dengan lagu Hujan Sepi ini berkata dia membelanjakan puluhan ribu ringgit bagi menghasilan klip video single terbarunya berjudul Saat Bahagia duet bersama penyanyi Sheryl Shazwanie.

Klip video Saat Bhagia menelan kos puluhan ribu ringgit

“Saya gemar bereksperimentasi dalam setiap klip video yang saya hasilkan. Kali ini saya cuba menampilkan jalan cerita mengenai lamaran seorang lelaki terhadap kekasihnya.

“Saya tidak kisah tentang nilai yang dibelanjakan, namun lebih menekankan 'rasa' yang sampai kepada penonton itu sendiri,” jelas Ippo.

ippo hafiz
Semua
Hiburan
Berita
Variasi