suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terpikat video ‘baby’ Andi Bernadee, isteri orang buat luahan perasaan

PENYANYI Andi Bernadee berkata dia menerima banyak keluhan dan mendengar kisah peribadi peminat di laman Instagram.

Andi memberitahu bukan sahaja luahan perasaan wanita bujang, malah ada juga isteri orang yang berkongsi kisah rumah tangga.

"Sejujurnya, saya banyak menyimpan rahsia orang termasuklah hal rumah tangga sebab ada beberapa pengikut di Instagram meluahkan masalah mereka.

"Untuk hal berkaitan rumah tangga tu saya tak respon, hanya sekadar baca untuk fahamkan sahaja.

"Apa yang ditulis dan diluahkan biarlah saya simpan sendiri, tapi kebanyakan mereka hanya menjadikan ruangan mesej peribadi untuk meluahkan masalah, itu sahaja," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai bakal isteri, penyanyi lagu Satu Peluang ini memberitahu dia tidak memilih dan berserah kepada jodoh.

Malah dia tidak pernah meletakkan sasaran wanita yang bakal dikahwini kelak sama ada seorang anak dara atau janda.

"Saya terima sesiapa sahaja yang jadi isteri saya, tak kisah dia janda atau ibu tunggal.

"Ini semua soal jodoh, saya berserah kepada takdir dan menerima dengan hati terbuku siapa pun bakal isteri saya," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Andi Bernadee


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi