“Sebak… sampai ke hati” - Wany Hasrita menangis semasa Sufian nyanyi lagu ‘Di Matamu’ - Video | mStar

“Sebak… sampai ke hati” - Wany Hasrita menangis semasa Sufian nyanyi lagu ‘Di Matamu’

PENYANYI Wany Hasrita tidak mampu menahan air mata ketika menyaksikan persembahan Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) pada Ahad.

Menurut Wany, bukan dia sahaja yang mengalirkan air mata, malah ramai lagi penonton yang berada di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil turut sebak menyaksikan persembahan tersebut.

"Rata-rata dalam stadium menangis, bukan Wany seorang sahaja... cuma kamera tunjuk saya dan Ernie Zakri ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan niat tiru pelamin Elfira, terima kasih doa di Makkah - Sufian Suhaimi

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Haram’ juara AJL33, Hael Husaini dan Ezra Kong rangkul anugerah dua tahun berturut-turut

"Apa yang cuba Sufian tunjukkan pada malam itu sampai kepada kami. Semua tahu lagu itu memang sedih dan apabila Sufian letakkan syair pada awal lagu itu memang menyentuh jiwa.

Wany dan Ernie Zakri mengalirkan air mata semasa persembahan Sufian Suhaimi di AJL33.

"Lagu tu sedih, ditambah puisi diawal nyanyian, prop dan persembahan memang dapat kami rasa," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Wany berasakan lagu Di Matamu sememangnya layak menjadi pemenang untuk kategori Persembahan Terbaik.

Pada malam tersebut, Sufian dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar serta trofi.

Persembahan penyanyi itu turut mencuri tumpuan netizen apabila ada yang mengaitkan hiasan pentas persembahan seakan-akan pelamin persandingan milik Elfira Loy ketika pernikahannya pada 1 Januari lalu.

Tonton video yang disediakan mStar Online ini.

Sufian Suhaimi , Wany Hasrita
Semua
Hiburan
Berita
Variasi