suria

Sebab malas aktif di Instagram, Megat Rahim tanggung akibat lagu tak laku

PENYANYI muda Megat Rahim mengakui sikap sambil lewa mengenai kepentingan media sosial seperti Instagram membuatkan popularitinya makin merudum.

Lebih memburukkan keadaan apabila single pertama berjudul Sinar yang dilancarkan pada Mac tahun lalu gagal mendapat perhatian peminat.

"Lagu tu tak popular mungkin kerana saya tak muat naik dan tak aktif di Instagram.

"Tapi kadang-kadang ada juga saya buat cover lagu supaya tak nak peminat fikir saya dah hilang," katanya kepada mStar Online.


Megat Rahim akui kurang aktif di laman sosialnya

Selain itu menurut Megat, 17, genre muzik jazz yang dibawakannya juga mungkin menjadi punca lagunya kurang mendapat perhatian.

"Penyanyi baru ramai sangat, saya pula bawakan lagu jazz jadi memang susah nak naik," katanya.

Dalam pada itu penyanyi yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini juga berkata dia akan memberi tumpuan kepada pelajaran sebelum kembali aktif tahun hadapan.

Megat bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini

"Tahun ini saya duduki SPM, sebab itu tak berapa aktif di Instagram. 

"Sejujurnya tahun lepas saya banyak ketinggalan dalam pelajaran kerana sertai program jelajah, tapi tahun ini saya nak fokus dalam pelajaran," katanya.

megat rahim


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi