Ryan Deedat dah mula ‘propa’, tak hilang selepas ‘Salimah’ - Video | mStar

PENYANYI yang mula dikenali menerusi lagu Salimah, Ryan Deedat memberitahu dia masih aktif dalam industri seni suara meskipun wajahnya jarang muncul di mana-mana media tempatan.

Ryan memberitahu selepas kegemilangan lagu tersebut, dia dalam persediaan untuk muncul dengan buah tangan baharu tahun ini.

"Sebenarnya, 2018 saya sedang belajar mengenai hal muzik sebab semuanya saya tanggung sendiri.

"Saya belajar untuk lebih faham mengenai selok belok industri dan bulan ini saya akan lancarkan lagu baru berjudul Propa.

"Sudah lama peminat menantikan lagu baharu ini dan saya harap mereka akan suka serta terus memberikan sokongan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ryan turut meletakkan harapan agar karier seninya akan lebih baik pada tahun 2019.

"Saya harap kerjaya saya betul-betul sampai kemuncak di dalam dan luar negara.

"Selain itu, harapan semoga sihat tubuh badan dan mampu berkerja dengan baik," ujarnya.

Ryan Deedat
Semua
Hiburan
Berita
Variasi