"Mungkin Allah nak hapuskan dosa" - Izzue Islam - Video | mStar

"Mungkin Allah nak hapuskan dosa" - Izzue Islam

PENYANYI Izzue Islam menyifatkan pelbagai dugaan yang dihadapinya sebelum ini sebagai tanda cinta Allah kepada hamba-Nya.

Malah menurut Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, dia percaya masalah kesihatan yang dihadapi isterinya iaitu Awin Nurin juga adalah ujian untuknya.

Izzue dan isterinya, Awin Nurin.

“Saya bersyukur diberikan pelbagai dugaan. Kita tahu ujian-ujian ini mungkin kerana Allah nak hapuskan dosa-dosa kita.

"Namun Allamdulillah saya dan isteri dapat melalui ujian ini dengan lancar," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam dan Forteen dipertemukan dalam sebuah ‘drama air mata’

Awal bulan ini Izzue berkongsi mengenai pembedahan kecil yang dilalui Awin bagi membuang ganglion cyst di pergelangan tangan.

Ganglion cyst adalah sejenis penyakit ketumbuhan benjolan kecil berbentuk cecair berdekatan sendi atau tendon pesakit.

izzue islam
Semua
Hiburan
Berita
Variasi