suria

Ajak kahwin di Instagram, Masya Masyitah tak layan lelaki mata keranjang

MEMILIKI raut wajah jelita dan cantik membuatkan ramai lelaki cuba untuk memikat penyanyi berusia 18 tahun ini.

Menurut Masya Masyitah, dia pernah menerima mesej lamaran daripada lelaki tidak dikenali di laman Instagram yang meluahkan hasrat mahu menjadikannya isteri.

"Ya, ada lelaki yang melamar saya di Instagram dan ajak kahwin. Ada juga yang berterus-terang nak bercinta.

"Tapi saya tak layan dan tak balas mesej mereka sebab tak minat lagi nak ada hubungan serius dengan mana-mana lelaki.

"Nanti kalau kita layan, takut jadi benda lain pula," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai waktu untuk menamatkan zaman bujang, penyanyi lagu Halimunan ini memberitahu dia tidak mahu terburu-buru mengenai perkara itu.

"Sekarang ini saya nak fokus karier, tengoklah dalam 10 tahun lagi, Insya-Allah.

"Ciri-ciri lelaki idaman saya ialah seorang yang bertanggungjawab, beriman, tidak merokok, mempercayai dan menerima kerjaya saya," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Masya Masyitah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi