‘Sampai Bila’ diramal menang AJL33, Misha Omar nak cubit peminat! - Video | mStar

‘Sampai Bila’ diramal menang AJL33, Misha Omar nak cubit peminat!

PENYANYI Misha Omar mengakui berasa sedikit tertekan apabila lagu nyanyiannya, Sampai Bila diramal oleh sesetengah pihak bakal merangkul Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33).

Justeru itu, Misha berkata, dia cuba mengubah tekanan tersebut kepada kata-kata semangat dan berharap persembahannya kelak akan diingati oleh peminat.

"Sejujurnya ada sedikit tekanan tapi saya anggap ia sebagai kata-kata semangat setelah hampir dua tahun  berehat dan akan cuba berikan yang terbaik pada malam itu.

"Menang atau tidak itu soal rezeki, yang penting saya sudah menjadi juara untuk mereka. Saya harap persembahan saya itu memuaskan hati penonton dan peminat," katanya kepada mStar Online.

Menjelang AJL33 yang bakal berlangsung 3 Februari ini, Misha memilih untuk lebih banyak menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak.

"Saya ada dua ubat mujarab di rumah iaitu kedua anak lelaki saya. Adam dan idris menjadi tempat saya kurangkan tekanan.

"Apabila nak dekat AJL33 ni, saya akan luangkan lebih masa bersama mereka, rasa lebih tenang bila tengok muka anak-anak ini.

"Alhamdulillah, suami sentiasa menyokong dan dia berharap saya buat lebih baik," katanya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Misha Omar , AJL33
Semua
Hiburan
Berita
Variasi