suria

“Fattah Amin terlalu tinggi!” - Siti Sarah ada alasan pilih Syafiq Kyle

BARU beberapa hari melancarkan video muzik (MV) lagu Semakin di laman YouTube, sudah ada netizen mempertikaikan pemilihan pelakon Syafiq Kyle yang dikatakan terlalu muda dan tidak sepadan dengan Siti Sarah.

Menurut Sarah, dia mengakui tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka.

"Dalam apa yang kita lakukan pasti ada yang suka dan tak suka, itu adalah risiko yang saya perlu ambil.

"Saya menghargai semua komen penonton kerana mereka yang kritik ini turut sama menonton dan itu pun sudah kira satu rahmat.

"Apa-apa pun terima kasih kerana menonton MV Semakin," katanya.

Siti Sarah ditemui semasa sidang media Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) yang diadakan di Empire Hotel Subang Jaya, Selangor.

Lagu nyanyiannya itu merupakan antara 12 lagu yang layak ke pentas AJL33 yang bakal berlangsung 3 Februari ini.

Menerusi laporan sebuah portal hiburan, netizen mempertikaikan pemilihan Syafiq Kyle dan membayangkan beberapa aktor yang lebih sesuai.

Tonton video yang disediakan mStar Online ini.

Siti Sarah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi