Manja sungguh Ara dengan Ayie Floor88, siap panggil 'baby' - Video | mStar

AHLI Kumpulan Floor88 berkongsi kisah lucu berdepan dengan gelagat peminat.

Menurut kumpulan yang sedang popular dengan lagu Roadblock Hatiku ini, peminat merupakan penyokong penting dan tidak akan melupakan setiap detik indah bersama mereka.

Jom kita dengar kisah lucu mereka ini.

"Saya pernah berdepan seorang peminat yang akan melaporkan segala benda melalui mesej peribadi di Instagram. Setiap hari dia mesej sampai saya tak terbalas dan hanya minta supaya dia baik-baik sahaja," cerita Ayie.

"Pernah semasa berada di sebuah stesen minyak orang jerit panggil nama saya, ingatkan orang tak kenal dan disebabkan saya ni pemalu, saya terus jalan sahaja," cerita Falique pula.

"Kami pernah menjual baju keluaran khas. Ada seorang peminat minta nombor telefon Ayie dan tak mahu beli baju kalau saya tak bagi nombor itu," kata Amir.

Sementara itu, Eric pula memberitahu dia sedang mencari seorang gadis yang lebih muda daripada usianya.

"Saya lebih suka perempuan yang lebih muda daripada umur saya," ujarnya.

Floor88 dianggotai oleh Ayie selaku vokalis, Amir (pemain gitar), Zai (pemain gitar utama), Akram (drum), Eric (keyboard) dan Falique (pemain bass) .

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Floor88 , Ara Johari
Semua
Hiburan
Berita
Variasi