Alvin Chong bukan saingan, Daniel Fong cuba nasib pasaran Melayu - Video | mStar

Alvin Chong bukan saingan, Daniel Fong cuba nasib pasaran Melayu

PELAKON Daniel Fong tidak pernah menganggap selebriti Alvin Chong sebagai saingan dalam industri hiburan tempatan.

Malah Daniel atau nama sebenarnya Daniel Fong Weng Chuan mengakui berkawan rapat dengan Alvin serta menjadikan pelakon berbakat itu sebagai idolanya untuk menembusi pasaran hiburan Melayu.

"Saya tak pernah terfikir untuk jadikan Alvin sebagai saingan. Saya sangat gembira kerana dia sangat berjaya.

"Saya melihat dia sebagai inspirasi, tapi saya mempunyai cara tersendiri untuk lakukan sesuatu," katanya kepada mStar Online.


Daniel Fong dengan bersaing dengan Alvin Chong

Daniel ditemui pada majlis sidang media pelancaran single pertamanya berjudul Sing Me Home.

Selain itu pelakon drama Nafas ini mendedahkan dia berbesar hati jika ditawarkan menghasilkan single duet dengan mana-mana penyanyi Melayu.

Daniel pernah manghasilkan 'cover' Pematah Hati bersama Nabila Razali

“Saya pernah menghasilkan 'cover' lagu Pematah Hati duet bersama Nabila Razali sendiri sebelum ini dimana ia merupakan kolaborasi pertama saya dengan penyanyi Melayu dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Malah saya amat berbesar hati jika diberi peluang untuk berduet sekali lagi dengan Nabila mahupun mana-mana penyanyi Melayu selepas ini," katanya.

daniel fong
Semua
Hiburan
Berita
Variasi