Musim pelakon wajah 'jambu' berakhir, Daler Yusuf nak jual tudung - Video | mStar

PELAKON Daler Yusuf menepis dakwaan kelibatnya dalam industri lakonan semakin malap gara-gara kontroversi membabitkan rakan senegaranya, Sherzod Yusuf yang didakwa liat membayar hutang.

Menurut Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, dia percaya nasibnya dalam industri hiburan di negara ini bergantung kepada soal rezeki.

“Sebenarnya tidaklah senyap, saya masih ada beberapa tawaran berlakon sepanjang tahun lalu tetapi saya akui kerjaya lakonan agak perlahan berbanding tahun 2017.

"Apa pun ia terpulang kepada stesen televisyen dan produksi untuk memilih pelakon," katanya kepada mStar Online.

Daler, 27, ditemui semasa majlis sidang media pelancaran single pertama penyanyi Daniel Fong.

Sementara itu pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini berkata dia bakal memulakan bisnes tudung tidak lama lagi.

Kata Daler, perancangan untuk memasarkan jenama tudungnya itu sedang dilaksanakan sebelum ia sedia memasuki pasaran menjelang Aidilfitri nanti.

“Menariknya saya juga menerima nasihat daripada Rizman Ruzaini tentang cara memilih dan mencetak fabrik,” tambah Daler.

daler yusuf
Semua
Hiburan
Berita
Variasi