suria

Demi rakyat Malaysia, Aliff Syukri sanggup terjun dari langit!

USAHAWAN kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri memecah adrenalin dengan melakukan aksi berani terjunan tandem semasa percutiannya bersama keluarga di Australia.

Alifff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman melakukan aksi terjun bebas tersebut di paras ketinggian kira-kira 14 ribu kaki bersama pengajar terjun bebas profesional.

Melalui laman Instagramnya, Aliff turut menyatakan dia melakukan aksi tersebut untuk mencabar kemampuannya.

“Muda hanya sekali, puas hati saya dapat merasa membuat terjunan bebas ini.

“Saya cabar diri  walaupun saya rasa tidak mampu namun demi rakyat  Malaysia dan negara saya lakukan juga. Allah sahaja tau betapa takutnya saya.

Aksi terjunan Aliff itu sudah ditonton lebih 100 ribu kali.

Rata-rata pengikut penyanyi lagu Bobo Dimana ini turut meluahkan rasa kagum mereka keberaniannya.

aliff syukri


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi