“Putus? Mana pernah bersama…” - Ariff Bahran masih kawan Sissy Imann - Video | mStar

PENYANYI Ariff Bahran turut terpalit gosip kononnya dia menjalinkan hubungan istimewa dengan Sissy Imann.

Maklumlah, semasa menyertai program realiti Big Stage, September lalu, mereka berdua berkawan rapat sampaikan ada peminat menyangka mereka sedang bercinta.

Menurut Bahran, mereka berdua hanyalah teman rapat dan tidak pernah mempunyai hubungan cinta.

"Kami hanya berkawan rapat sahaja, saya kenal famili Sissy, dia juga kenal famili saya.

"Bila ada orang kata kami dah putus, saya pun berasa pelik kerana kami tak pernah bersama.

"Saya selesa berkawan dengan Sissy. Apabila habis sahaja Big Stage, masing-masing dah mula sibuk dan sebab itu jarang berjumpa," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Bahran memberitahu dia mempelajari banyak perkara sepanjang mengikut program tersebut.

Antaranya mengenai keyakinan diri, penampilan wajah, serta cara berkomunikasi.

Ariff Bahran , Sissy Imann
Semua
Hiburan
Berita
Variasi