suria

Ramai meluat, rasa nak muntah tonton video manja Andi Bernadee!

PENYANYI Andi Bernadee berkata video seperti sedang berbual dengan kekasih yang dimuat naik di laman Instagram hanyalah sekadar suka-suka untuk bergurau dengan peminat.

Menurut Andi, 27, dia memang gemar berinteraksi bersama pengikut di laman tersebut dan tidak menyangka video dengan tanda pagar online boyfriend itu menjadi tular.

"Sebenarnya saya suka-suka sahaja buat video itu, tak sangka pula tular di laman sosial.

"Sebelum ini punsaya memang selalu buat video, tapi kali ini dia lain sikit. Sebenarnya, gadis yang saya gelar 'Bebi' itu tak wujud pun!

"Hanya suka-suka dan seronok-seronok, nama pun media sosial, ruang untuk kita bersosial, harap tak ada yang ambil serius sangat ya!," katanya kepada mStar Online.

Rata-rata pengikut di laman tersebut terpikat dengan gaya, intonasi dan cara Andi meluahkan ayat-ayat romantis dalam video itu.

Ada yang memuji dan mengharapkan penyanyi lagu Satu Peluang ini benar-benar menjadi teman lelaki mereka.

Sementara itu, Andi berkata dia tidak kisah dengan kecaman dan kritikan yang diberikan netizen.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online itu.

Andi Bernadee


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi