"Biasalah...pelanduk dua serupa" - Juzzthin komen video aksi tak senonoh tular - Video | mStar

"Biasalah...pelanduk dua serupa" - Juzzthin komen video aksi tak senonoh tular

PENYANYI rap Juzzthin menyangkal dakwaan memiliki sebuah video tidak senonoh yang tersebar di media sosial.

Juzzthin atau nama sebenarnya Mohamad Nazreen Norzali mengakui sudah menonton video berkenaan namun menafikan dia adalah individu berkenaan.

“Saya sedar tentang isu itu namun video tersebut bukanlah saya, mungkin ia pelanduk dua serupa.

“Saya sendiri ada menonton video tersebut apabila ditunjukkan oleh rakan dan ia sangat mengjengkelkan, kata Juzzthin kepada mStar Online.

Pelakon siri komedi Oh My English! Ini ditemui pada majlis tayangan perdana Finesse The 16 Baris Story yang berlangsung pada Isnin.

Juzzthin, 28, bagaimanapun berkata dia berharap orang ramai yang masih menyimpan video tersebut supaya memadamkannya dengan segera bagi mengelakkan fitnah.

“Saya tidak ambil peduli hal ini, malah saya berharap agar orang ramai tidak mengapi-apikan lagi keadaan dengan mendakwa saya sebagai individu dalam video tersebut.

“Suka hati lah nak buat apa dengan video tersbut tapi kalau boleh tolong padam kerana ia tidak baik untuk dikongsi atau disebarkan, tambah Juzzthin.

Dalam perkembangan lain, penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Alhamdulillah duet bersama Wani ini dia sudah menyiapkan empat buah lagu baru biarpun telah memperlahankan kariernya hampir setahun.

juzzthin
Semua
Hiburan
Berita
Variasi