Sufian Suhaimi rindu pergi ‘mall’ tanpa bersiap dan ada privasi! - Video | mStar

Sufian Suhaimi rindu pergi ‘mall’ tanpa bersiap dan ada privasi!

PENYANYI Sufian Suhaimi mendedahkan beberapa perkara mengenai dirinya yang masih belum diketahui peminat.

Jom kita baca lima perkara mengenai penyanyi lagu Di Matamu ini:

Apakah yang akan Sufian lakukan jika berdepan kebosanan?

"Kalau bosan saya memasak, main gitar, main game dan membaca buku atau majalah motivasi.

Bagaimana pula ketika berdepan kesedihan?

"Saya dengar lagu, keluar dan memandu kereta. Saya akan pandu sekitar kawasan rumah sambil dengar lagu sedih atau jumpa kawan-kawan.

Apakah aktiviti yang Sufian rindu lakukan, namun agak terbatas setelah menjadi selebriti?

"Saya rindu nak keluar ke mall tanpa bersiap dan tak jadi perhatian sesiapa, lebih privasi. Biasanya orang nak ambil gambar dan kita kena sentiasa look good, sebab tu kena bersiap dan saya tak berapa gemar ambil masa hanya untuk bersiap.

Semakin menjadi artis, adakah sahabat semakin bertambah atau berkurang?

"Saya susah nak masuk dengan mana-mana orang. Apa yang boleh saya kata, kawan tak ramai tapi ada untuk saya dan kawan-kawan lama pun masih ada bersama saya sehingga kini.

Bagaimanakah penerimaan lagu Di Matamu di Indonesia?

"Alhamdulillah lagu gandingan saya bersama SHIMA itu mendapat sambutan baik pendengar. Insya-Allah tahun depan saya akan turun ke Indonesia bagi mempromosikan lagu tersebut.

Sufian Suhaimi
Semua
Hiburan
Berita
Variasi