Mawar Rashid & Raf teruja bayi dalam kandungan kuat menendang - Video | mStar

PELAKON Mawar Rashid yang kini hamil enam bulan memberitahu sudah mengetahui jantina anak dalam kandungannya.

Mawar, bagaimanapun berkata dia hanya akan mengumumkan tentang perkara itu dalam satu majlis istimewa nanti.

"Jantina dah tahu tapi kami akan maklumkan dalam majlis istimewa bulan Januari nanti.

"Nama pun dah ada, itu akan diketahui semasa bayi lahir nanti. Sama ada bermula huruf R atau M. Sebab dua huruf itu awalan untuk nama saya dan suami, Raf.

"Dah masuk enam bulan ni, alahan pun dah tak ada. Semuanya semakin okay dan baik-baik sahaja," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Mawar berkata, mereka masih belum membuat sebarang persiapan menyambut cahaya mata tersebut.

"Barang-barang belum beli lagi, kami hanya akan buat persiapan apabila dah nak dekat tarikh bersalin.

"Rasa teruja dan tak sabar nak merasai kesakitan bersalin itu. Moga semuanya dipermudahkan nanti," ujarnya.

Mawar rashid , Raf Yaakob
Semua
Hiburan
Berita
Variasi