suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

5 kali tolak, hampir menangis... Akhirnya Nabila Razali terjun jua!

PENYANYI Nabila Razali mencabar kemampuan diri dengan melakukan terjunan bungee jumping dari ketinggian 233 meter di Menara Macao, baru-baru ini.

Menurut Nabila, 26, pada awalnya dia agak gementar dan menolak untuk melakukan aksi tersebut, namun memberanikan diri menyahut cabaran itu.

"Masa nak terjun sangat gementar sebab tak pernah berada di tempat tinggi atau melompat tempat macam tu tapi sebab dah lama pasang impian. Memang nak buat juga sebab bungee jumping itu antara yang tertinggi di dunia.

"Masa nak terjun tu macam-macam ada dalam fikiran, sebab apa-apa pun boleh terjadi, lima kali juga saya tolak dan hampir menangis, tapi beranikan diri.

"Alhamdulillah... semuanya selamat dilakukan dengan bantuan team mereka yang sangat terbaik dan rasa seronok bila akhirnya impian itu tercapai," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Nabila melawan perasaan gementar.

Kunjungan penyanyi lagu Pematah Hati ini ke Macao adalah atas tujuan promosi dan undangan daripada Macao Tourism Malaysia.

Sementara itu, Nabila berkata dia meneruskan aktiviti tersebut kerana peluang keemasan itu hanya datang sekali.

"Sebab dah datang sejauh itu takkan nak tolak, ruginya... jadi saya yakinkan diri dan terjun sahaja," katanya.

Nabila Razali


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi