Selebriti terjerat skandal foto bogel, nak salahkan siapa? - Video | mStar

EPISOD sulung segmen Kenot Brain (cannot brain) di mStar Online kali ini membincangkan mengenai skandal gambar tidak senonoh ramai selebriti tempatan.

Meskipun ia bukanlah isu baharu, namun 'kesilapan' membuka aib sendiri ke tangan pihak lain seakan tidak dijadikan pengajaran.

Perkembangan teknologi dilihat menambah beban kepada si pelaku apabila foto dan video tanpa seurat benang menutupi tubuh badan lebih mudah disebarkan menerusi media sosial.

Antara yang pernah terpalit dengan isu ini susulan penyebaran gambar yang didakwa mirip mereka ialah Syafiq Kyle, Ammar Alfian, Idris Khan, Atiqah Suhaime serta Zulin Aziz.

Selain itu Zarina Zainuddin, Anding Indrawani dan Eyka Farhana turut pernah didakwa memiliki foto dan video lucah.

Pelbagai persoalan timbul mengenai isu moral ini seperti siapa yang harus dipersalahkan?

Adakah si pelaku atau netizen yang sememangnya suka menyebarkan foto-foto berkenaan?

Topik dan persoalan sebegini yang kami anggap sebagai isu yang sukar untuk difikirkan dengan waras atau dalam kamus urban Inggeris disebut sebagai 'cannot brain'.

foto lucah artis
Semua
Hiburan
Berita
Variasi