suria

Pemandu Hilux rempuh pelanggan restoran akhirnya ditahan, reman 4 hari

SERDANG: Pemandu pacuan empat roda yang dipercayai suspek kes langgar lari hingga menyebabkan seorang terbunuh di Taman Equine, Seri Kembangan akhirnya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, pemandu lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1.43 pagi Isnin.

"Ujian air kencingnya negatif dadah namun kami mengambil sampel darah untuk mengetahui kandungan alkohol," katanya ketika dihubungi.

Susulan itu Mahkamah Petaling Jaya membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari bermula Isnin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, seorang maut, manakala empat lagi cedera apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas dan merempuh sebuah restoran.

Hilux, Langgar lari


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi