suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Kesalahan saya tidak sebabkan Allah murka" - Hasnul tak layan desakan letak jawatan

"SAYA sesekali tidak akan meletakkan jawatan", demikian reaksi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.

Hasnul menyuarakan pendiriannya itu ketika menemui kira-kira 10 wakil kelab penyokong bola sepak The Bos Gaurus (TBG) di Ipoh, Perak pada Rabu.

Menurut Hasnul, tiada keperluan untuknya meletak jawatan kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

"Saya telah mohon maaf secara terbuka, saya tidak melakukan kesalahan jenayah seperti merompak, mencuri atau memecah amanah dalam Pafa...cuma itu kesilapan dan kelemahan saya sendiri.

"Sesiapa boleh lakukan kesalahan, tapi ia bukanlah dari segi undang-undang yang menyebabkan saya dimurka oleh Allah," katanya pada Rabu.

Namun kata Hasnul, mana-mana pihak berhak untuk menyuarakan bantahan terhadapnya.

"Mana-mana pihak boleh menyuarakan apa-apa jua (pandangan), tapi untuk mendesak saya meletakkan jawatan... saya sesekali tidak akan meletakkan jawatan kerana ada misi besar yang cuba dilaksanakan," katanya. 

Sebelum ini, Hasnul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri dikritik hebat para penyokong bola sepak tempatan kerana memuat naik gambarnya bersama Piala Malaysia yang diletakkan di celah kangkang.

Meskipun telah membuat permohonan maaf secara terbuka 30 Oktober lalu, namun ia dilihat sukar diterima rata-rata penyokong, malah tindakan Hasnul tular dan dijadikan bahan lawak di media sosial.

Perak memenangi Piala Malaysia 2018 pada 27 Okt lalu selepas menewaskan Terengganu 4-1 menerusi penentuan penalti dalam aksi final di Stadium Shah Alam.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi