'Senyum kelat' penyanyi baru ini sebab tak kenal Malique - Video | mStar

'Senyum kelat' penyanyi baru ini sebab tak kenal Malique

PENYANYI baru, Shalma Eliana berkata dia tidak pernah mengenali penyanyi rap dan komposer terkenal Malique Ibrahim.

Mengakui lebih terdedah dengan muzik barat, Eliana, 18, bagaimanapun berbangga apabila single pertamanya berjudul Janji Terindah dihasilkan sepenuhnya oleh Malique dan Dedeq.

Shalma Eliana pertaruh Janji Terindah karya Malique dan Dedeq.

“Sejujurnya saya tidak mengenali siapa Malique sebelum ini kerana lebih terpengaruh dengan muzik daripada luar negara.

“Namun saya berasa teruja apabila menyedari bahawa saya dapat bertemu dengan seorang individu yang hampir mustahil untuk ditemui,” katanya kepada mStar Online.

Shalma Eliana rasa bertuah bertemu Malique.

Selain itu Eliana yang juga mesra disapa Yana berharap single ciptaan dua komposer terkenal ini bakal memberi impak positif terhadap kariernya dalam industri muzik tempatan.

“InsyaAllah saya berharap agar sentuhan legend ini menjadi. Malah kita sendiri selalu tertungg-tunggu karya terbaru daripada Malique,” tambah Yana.

shalma eliana

Artikel Sebelum