“Korang tak patut buat aku macam ni, tak bersyukur ke?” - Izzue Islam - Video | mStar

“Korang tak patut buat aku macam ni, tak bersyukur ke?” - Izzue Islam

SIKAP tidak profesional tiga anggota Forteen dalam menyelesaikan kemelut yang melanda kumpulan itu mendorong Izzue Islam menarik diri secara mengejut.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, Forteen yang kini dianggotai Ariz Lufias, One dan Ameer enggan bersemuka dengannya tanpa sebab.

Malah tegas Izzue, dia tidak bertindak secara terburu-buru sebaliknya terpaksa membuat keputusan berkenaan demi kebaikan bersama.

"Persefahaman antara saya dan Forteen dah tak ada, jadi saya rasa agak sukar untuk kami teruskan.

"Ia berlaku terlalu cepat, dalam masa tiga hari sejak Khamis lalu sebelum final Gegar Vaganza kami sudah tidak bertegur... mungkin mereka sudah tidak perlukan saya," katanya kepada mStar Online.

Tiada lagi Izzue Islam dalam Forteen

Izzue meluahkan isi hatinya menerusi segmen Ceritera.

Ahad lalu Izzue mengejutkan peminat apabila mengumumkan meninggalkan Forteen di segmen karpet merah final Gegar Vaganza musim kelima (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam.

Dalam pada itu Izzue turut memohon maaf kepada semua anggota Forteen jika dia melakukan sesuatu yang mengguris hati mereka.

Izzue Islam dakwa dia seakan dipulaukan tiga lagi anggota Forteen

"Tak mungkin saya tak ada buat apa-apa kesalahan. Tapi kalau anda berkecil hati, beritahu saya.

"Saya letakkan sebarang kesalahan atas diri sendiri. Tapi kalau anda bertiga pulaukan... saya rasa seperti dah tak diperlukan," katanya.

#ceritera , izzue islam , forteen

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel