"Budak Subang Jaya kutuk orang Jalan Kebun" - Luqman Faiz cerita pengalaman zaman sekolah - Video | mStar

"Budak Subang Jaya kutuk orang Jalan Kebun" - Luqman Faiz cerita pengalaman zaman sekolah

PENYANYI Luqman Faiz berkata dia pernah menjadi mangsa buli di sekolah hanya kerana berasal dari kampung.

Bagaimanapun Luqman, 18, tidak melatah walaupun mengakui berkecil hati dengan gurauan seperti itu.

Luqman dedah pernah dihina sebagai budak kampung

“Masa sekolah rendah, saya bersekolah di kawasan kampung iaitu Jalan Kebun, Shah Alam. Betapa hinanya nama itu kepada orang bandar.

“Kemudian waktu sekolah menengah saya berpindah ke Subang Jaya. Apabila masuk ke sana ramai yang kutuk dengan panggil saya 'kebun'. Saya terasa hati, tapi tak mengapalah," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu penyanyi yang baru muncul dengan lagu Kepuraanmu ini berkata karier nyanyiannya bermula selepas dilamar wakil syarikat rakaman di sebuah pangsapuri.

Kerjaya nyanyian bermula di bawah flat

“Ketika itu saya sedang berlatih sambil menyanyi di bawah sebuah kawasan rumah flat. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang, rupanya dia wakil sebuah syarikat rakaman dan menawarkan saya untuk bernaung dibawah syarikat berkenaan.

“Kejadian itu berlaku sebulan sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu," jelas Luqman.

luqman faiz

Artikel Berkaitan

Luqman Faiz - Kepuraanmu #akuStar

Lebih Artikel