suria

Romantik... Fazley, isteri macam pengantin baharu naik pelamin kali kedua

PETALING JAYA: Tiga belas tahun selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersanding semula dengan isteri Datin Azrene Soraya Abdul Aziz pada malam Rabu lalu.

Persandingan yang diadakan di Laman Lanai Neo Damansara itu berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Persandingan itu bukan sahaja bagi meraikan ulang tahun ke-13 mereka tetapi turut diadakan bagi menunaikan hasrat Allahyarham bapa Fazley, Datuk Yaakob Mohammad yang mahu mereka bersanding semula.

Fazley dan Azrene berkahwin pada 7 November 2005 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, 10, Ahmad Fieradz, 8, Ahmad Fierudz, 7 dan Alayna Selma, 1.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi