Besarnya rumah Afieq Shazwan... dah macam istana, siap ada zoo mini lagi! - Video | mStar

PENYANYI Afieq Shazwan memberitahu dia memiliki sebuah zoo mini yang menempatkan beberapa jenis haiwan.

Afieq, 21, berkata salah satu haiwan peliharaan kesayangannya ialah seekor kuda betina yang diberi nama Solidad.

"Saya ada bela seekor kuda bernama Solidad. Saya memang jaga dia dari kecil dan sekarang dah berusia 14 tahun.

"Dulu kalau petang-petang saya akan bawa dia pusing-pusing di padang berdekatan. Cumanya sekarang dah sibuk susah nak bawa keluar selalu.

"Selain itu, saya ada sepasang kuda padi, kecil sahaja dan nampak comel tapi dia ganas sikit," katanya kepada mStar Online.

Afieq ditemui semasa sesi rakaman program Bizibody di kediamannya di Klang, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga Big Stage ini memberitahu kuda memerlukan penjagaan rapi daripada sudut makanan dan kebersihan.

"Makan tak boleh sebarang, ada amaun untuk diberi, sebab kalau terlebih makan, jadi obesiti.

"Kuda ni badan mereka penuh dengan otot, sebab tu kena jaga makan dan kerap buat latihan padang.

"Kandang pun kena selalu dibersihkan supaya ia sentiasa sihat. Haiwan ini istimewa kerana ia ada mood yang susah nak jangka sebab tu kita kena pantau selalu," ujarnya.

Selain kuda, Afieq juga memelihara beberapa jenis haiwan yang lain antaranya rusa, kambing, lembu, llama, burung unta, ayam dan banyak lagi.

Tonton video penuh untuk menyaksikan zoo mini dan kediaman mewah Afieq Shazwan.

Afieq Shazwan
Semua
Hiburan
Berita
Variasi