suria

Peminat makin ramai, Furhan dah sedia tinggalkan Xpose Band?

VOKALIS Xpose Band, Furhan berkata dia bakal mengembangkan karier nyanyiannya ke negara seberang menerusi lagu duet bersama penyanyi lagenda Indonesia, Nicky Astria.

Bagaimanapun projek berkenaan tidak membabitkan anggota Xpose Band yang lain.

Menjelas mengenai perkembangan tersebut, Furhan atau nama sebenarnya Ahmad Khairul Furhan Zahari berkata ia adalah perancangan syarikat rakaman.

Katanya ia tidak bermakna dia mahu bergerak solo selepas dua single mereka mendapat tempat dalam kalangan pendengar.

Furhan semasa proses rakaman di Indonesia


"SRC nak ketengahkan saya dahulu. Namun sudah pasti apabila sudah berada di sana, saya akan bawa bersama nama Xpose Band.

"Nanti apabila khidmat ahli lain diperlukan, ia lebih mudah untuk kami menapak di Indonesia," katanya kepada mStar Online.


Hanya furhan diterbangkan ke Indonesia untuk proses rakaman single baru Xpose

Sementara itu kumpulan yang terkenal dengan lagu Maafkan Ku ini mengakui tidak terlepas daripada berselisih faham sepanjang mereka bersama.

Bagaimanapun perselisihan faham yang timbul hanya membabitkan isu kerja.

Xpose dedah pernah bertelagah semasa menghasilkan karya terbaru

“Itu perkara biasa sebenarnya, kami sudah banyak kali bertelagah sehingga masing-masing bermasam muka.

“Tetapi tidaklah sampai bertumbuk. Masing-masing ada idea yang ingin disampaikan untuk mendapatkan hasil terbaik,” tambah Xpose.

Single Maafkan Ku sudah ditonton lebih 1 juta kali di Youtube

Dalam perkembangan lain, Xpose menjelaskan mereka bakal mengeluarkan album penuh tidak lama lagi.

“Proses pemilihan lagu sedang dibuat sejak hampir setahun lalu dan album penuh kami bakal dikeluarkan tidak lama lagi,” kata Xpose.

xpose


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi