Kelakar! Fazley Yaakob kena pandu sendiri kereta Grab yang ditempah - Video | mStar

Kelakar! Fazley Yaakob kena pandu sendiri kereta Grab yang ditempah

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menarik perhatian netizen apabila memandu sendiri kenderaan e-hailing yang ditempahnya pada Isnin.

Semunya bermula selepas pengelap cermin depan kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba gagal berfungsi ketika hujan lebat.

Ketika itu Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke rumahnya.

“Hujan lebat dan wiper kereta tu pula mati! Driver Grab tu dah panik dan dia cakap tak boleh drive.

“Saya kata jangan risau, saya boleh pandu dalam hujan lebat tanpa wiper. Terus kami bertukar tempat duduk," tulis Fazley di Instagram.

Fazley, 40, turut menyatakan rasa lucu dengan insiden itu kerana sebagai pelanggan dia perlu memandu sendiri kenderaan tersebut.

Selain itu bapa kepada empat cahaya mata ini sempat berserseloroh dengan menawarkan diri untuk menjadi pemandu kepada pengikut Instagramnya.

“Nasib baik kami sampai juga ke rumah saya. Terima kasih banyak encik Azman Ibrahim sebab izinkan saya pandu kereta dalam hujan lebat. Siapa nak saya pandu?", tambah Fazley.

Video perkongsian tersebut turut mengundang rasa kagum netizen terhadap sikap positif yang ditunjukkan Fazley.

fazley yaakob , grab
Semua
Hiburan
Berita
Variasi