suria

Jeritan abang bomba... Syafiq Farhain basah lencun direndam dalam air

PENYANYI Syafiq Farhain berkata dia akan melakukan beberapa aktiviti jika kebosanan atau sedang bercuti.

Menurut Syafiq, 24, dia lebih selesa menghabiskan masa di rumah dan bermain alat muzik.

"Selalunya kalau bosan saya akan main telefon bimbit, dengar lagu, main permainan video, gitar dan makan-makan.

"Kalau cuti dan tiada persembahan pentas, saya akan buat latihan nyanyian, kalau terasa nak keluar, saya pusing-pusing la dalam mall window shopping dan cari barang-barang keperluan.

"Tapi paling banyak main telefon saja lah!," katanya kepada mStar Online.

Syafiq ditemui semasa sesi rakaman program Bizibody yang diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon, Subang Jaya, Selangor.

Dalam Bizibody minggu ini, penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini mencuba beberapa permainan menarik yang disediakan di taman tema tersebut antaranya Vuvuzela, Pirate's Revenge dan cabaran air terbaharu Wipe Out.

Syafiq berjaya memenangi tempat kedua dalam cabaran Wipe Out apabila berjaya menamatkan saingan dalam masa 34 saat.

It’s Wipeout Wild Water Run dibuka bermula 1 hingga 30 Disember ini, anda lihatlah sendiri gelagat dan aksi lucu Syafiq sepanjang menyertai aktiviti ini.

Bizibody, Syafiq Farhain


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi