Harga murah, kuah 'homemade' Odeng Topoi lebih pekat dan pedas - Video | mStar

SELEPAS sebuah kedai serbaneka dari Jepun mula beroperasi di negara ini, makanan ala steamboat iaitu Oden mula menjadi tumpuan ramai sehingga ia menjadi viral.

Meskipun banyak gerai yang menjual makanan 'ready to eat' itu mula beroperasi, namun sebuah gerai tepi jalan di PJCC Taman Medan, Petaling Jaya ini memiliki keunikannya tersendiri.

Jika anda seorang yang sukakan kepedasan, Odeng Topoi pilihan tepat.

Tanpa menggunakan pes segera, rasa kuah yang dibuat sendiri oleh pemiliknya, Nor Tiara Aftikha Mohd Said, 27, memang menyelerakan.

Rasa kuah yang pedas, masam dan pekat boleh membuatkan anda mandi peluh!

Aromanya juga pasti membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur.

Menawarkan pelbagai menu menarik, pelanggan Odeng Topoi boleh memilih lebih 23 jenis bebola ayam, daging dan makanan laut.

Antara yang menjadi kegilaan ialah lobster ball, salmon roll, veggie fish roll, fish dumpling, crab chunks dan roasted chicken ball.

Selain itu, pengunjung juga boleh memilih sama ada mahu menikmati oden bersama Udon atau Shabu mee.

Jika nak berkunjung ke sini, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal bagi mengelak daripada beratur panjang.

Makan panas-panas memang layan! Pelanggan juga boleh duduk dan makan di sini kerana kerusi dan meja juga ada disediakan.

Ia dijual bermula dari harga RM1.20 secucuk bergantung kepada jenis bebola.

Harganya sangat murah jika dibandingkan di tempat-tempat lain.

Odeng Topoi dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula pukul 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

Odeng topoi , Jepun
Semua
Hiburan
Berita
Variasi