Keluarga tak halang Afieq Shazwan ‘kawan rapat’ dengan Wani Kayrie - Video | mStar

DIGOSIPKAN kononnya sedang menjalin hubungan cinta dengan Wani Kayrie, penyanyi Afieq Shazwan memberitahu mereka sudah mengenali keluarga masing-masing.

Wah, bagus betul cara Afieq itu! Iyelah, tak salah kalau ibu bapa mengetahui hubungan persahabatan anak-anak.

"Ya, kami berdua kenal ibu bapa masing-masing, saya pun pernah berjumpa ibunya.

"Namun, hubungan kami sekadar kawan rapat. Masing-masing masih muda dan perjalanan dalam industri ini jauh lagi.

"Saya selesa berkawan dengan Wani kerana dia seorang gadis yang menyenangkan dan cukup memahami," katanya.

Ditanya mengenai umur untuk menamatkan zaman bujang, Afieq berkata dia tidak meletakkan sasaran waktu dan hanya berserah kepada jodoh.

"Walaupun dalam famili saya ramai yang kahwin muda, itu bukan bermaksud saya akan kahwin awal juga.

"Apa-apa pun kalau jodoh dah sampai, kita terima sahaja," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Afieq Shazwan , Wani Kayrie
Semua
Hiburan
Berita
Variasi