‘Raja Gelek’ TikTok dituduh gay, anggap 'haters' suka dengki - Video | mStar

‘Raja Gelek’ TikTok dituduh gay, anggap 'haters' suka dengki

PELBAGAI aplikasi laman sosial wujud hingga menjadi kegilaan remaja antaranya TikTok iaitu sebuah aplikasi muzik.

Remaja berusia 18 tahun yang cukup terkenal menerusi aplikasi tersebut, Hafizam mengakui tidak terlepas daripada pujian dan kritikan pengguna laman itu.

Menurut Hafizam, rata-rata yang memuji video geleknya itu merupakan golongan wanita, manakala yang mengkritik adalah lelaki.

"Saya rasa kecaman mungkin 60 peratus dan majoriti yang puji adalah perempuan. Kalau yang puji tu saya layan sahaja.

"Saya suka muat naik gambar di Instagram, bagi pickup line dan usik-usik peminat. Mereka pun banyak yang sporting dan layan juga gurauan saya itu," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah kemalangan, Hafizam kini digelar 'Raja Gelek' TikTok

Sementara itu, Hafizam berkata dia memilih untuk tidak mengendahkan sebarang bentuk kecaman dan kritikan.

"Ada yang tulis komen negatif sampaikan ada yang tuduh saya gay, sesetengah orang mungkin akan melayan komen-komen macam itu, tapi saya tidak.

"Malas nak fikir, bagi saya mungkin mereka dengki sebab tak ada apa yang kita ada," ujarnya.

Menyentuh mengenai cinta, anak kelahiran Kuala Lumpur ini memberitahu dia mahu fokus terhadap pelajaran terlebih dahulu.

Tambahnya, sebagai pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi, dia tidak mahu cinta menganggu pembelajarannya.

Hafizam , TikTok
Semua
Hiburan
Berita
Variasi