suria

Tokti jangan lupa... Syafiq Farhain masih simpan harapan 'lamaran' dulu!

MENERUSI pertandingan realiti Big Stage September lalu, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menyuarakan hasrat untuk bergandingan bersama Syafiq Farhain dalam lagu terbaharu.

Namun beberapa bulan berakhir program tersebut, ramai peminat yang ternanti-nanti kemunculan buah tangan daripada mereka itu.

Menurut Syafiq, 24, pelawaan duet bersama penyanyi lagu Anta Permana itu merupakan satu peluang keemasan yang tidak akan ditolak.

Malah, dia masih menyimpan harapan agar perkara itu dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

"Siapa yang tak nak menyanyi dengan Datuk Siti... sejujurnya, saya memang menyimpan harapan supaya projek ini dilaksanakan.

"Hari itu ada satu rancangan duet bersama dalam satu program nyanyian, tapi ada masalah kesihatan sikit jadi tak dapat direalisasikan.

"Bila waktunya tak pasti lagi, semoga ia akan dapat direalisasikan kelak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq bakal muncul dalam album kompilasi tidak lama lagi.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online ini.

Syafiq Farhain, Siti Nurhaliza


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi