Kalau saya dah ‘padam’ nanti… itulah kenangan untuk Tiara! - Achey - Video | mStar

SETELAH tujuh bulan bergelar bapa kepada Nur Tiara Zinnirah, pelawak Achey memberitahu kehidupannya kini berubah dan semakin bahagia.

Menurut Achey, kehadiran bayi tersebut membuatkan masanya lebih terisi dan belajar banyak perkara sebagai seorang bapa.

"Kekosongan sebelum ini lebih terisi dan melebih-lebih lagi, kami bertiga kemana-mana bersama dan sambil tu saya dan isteri jaga anak.

"Tu sebab ada satu kejadian saya menyanyi sambil bawa anak, sebab isteri perlu selesai urusan belakang pentas.

"Barulah kita nampak kesusahan ibu bapa kita sebelum ini yang perlu bekerja sambil menjaga anak," katanya kepada mStar Online.

Sering memuat naik foto Tiara di laman Instagram, Achey menjelaskan sebab dia berbuat demikian.

"Saya muat naik gambar dan video anak kerana jika suatu hari nanti saya 'padam' dan tak ada di dunia ini, mungkin ini akan jadi kenangan untuk Tiara bila saya dah tak ada.

"Selain itu, saya nak berkongsi dengan orang luar tentang penjagaan anak, kalau saya buat salah, mungkin mereka boleh beritahu cara yang betul. Bertukar-tukar ilmu," ujarnya.

Dalam pada itu, Achey turut melancarkan lagu baharu berjudul Anak yang ditujukan khas untuk bayi tersebut.

Katanya, dia tidak mampu menahan air mata semasa sesi rakaman kerana liriknya begitu dekat dan menyentuh hatinya.

Achey , Tiara Zinnirah
Semua
Hiburan
Berita
Variasi