suria

Ramai tegur makin 'bulat', Wani Kayrie nak kuruskan badan!

PENYANYI Wani Kayrie berharap karier seninya akan lebih menyerlah pada tahun 2019.

Menurut Wani, 18, dia mengimpikan untuk menyanyikan lagu berentak pop dangdut dan mencuba lebih banyak genre muzik.

"Jika tanya tentang harapan, saya nak capai lebih banyak benda baru seperti ada lagu baru bergenre lain antaranya dangdut pop.

"Tahun ini cukup bermakna untuk saya sebab menyertai program realiti Big Stage dan Dangdut Academy Asia musim keempat (DAA4) di Indonesia," katanya.

Bercakap mengenai impian lain, Wani memberitahu dia ingin membawa keluarganya bercuti keluar negara.

Selain itu, dia ingin mengurangkan berat badan setelah menerima teguran daripada beberapa pihak yang mengatakan dia kelihatan lebih berisi.

"Saya teringin nak bawa satu famili bercuti ke luar negara sebab kami semua susah nak cuti bersama.

"Lagi satu saya nak kuruskan badan sikit sebab ramai tegur saya semakin bulat, jadi kena kurus sikit," katanya.

Wani Kayrie


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi