Dapat bayaran RM300, Azwan Ali anggap dihina penganjur program hiburan Singapura - Video | mStar

Dapat bayaran RM300, Azwan Ali anggap dihina penganjur program hiburan Singapura

SELEBRITI Azwan Ali berang kerana mendakwa menerima layanan buruk selepas bersetuju menjayakan sebuah program hiburan di Singapura hujung Disember lalu.

Menurut Azwan, dia berasa terhina kerana hanya dibayar 100 dollar Singapura iaitu sekitar RM300 bagi menghadiri majlis yang turut dihadiri penyanyi Datuk Nassier Wahab, Datuk Khatijah Ibrahim dan penyanyi Singapura, Rahimah Rahim.

"Kunjungan saya ke Singapura adalah sekadar untuk bercuti menyambut tahun baru 2019, namun bertukar tragedi apabila seorang selebriti Singapura meminta saya untuk menghadiri program yang dianjurkannya.

"Pada awalnya dia ada bertanya berapa bayaran, saya meminta sebanyak 3,500 dollar Singapura," katanya kepada mStar Online.

Kunjungan Azwan Ali ke Singapura bertukar tragedi

Bagaimanapun menurut Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, dia terkejut apabila habuan yang diperoleh jauh lebih rendah daripada apa yang diharapkannya.

"Sekurang-kurangnya saya harapkan 500 dollar Singapura. Memanglah pada awalnya saya tak sebut harga kerana menghormati penganjur.

"Untuk hormat orang, saya tak cakap nilai...tapi gunakanlah otak! Saya ada sebut berilah jumlah yang bersesuaian," katanya.

Majlis yang dihadiri Azwan Ali

Tambah Azwan dia sukar untuk menerima sebarang permohonan maaf daripada selebriti dan juga bekas penyampai radio terkenal Singapura itu.

“Saya menolak semua usaha berbaik dengan individu ini, saya mahu di dihisab di padang Mahsyar kelak.

“Dia akan menerima segala balasan tuhan kerana ‘makan’ duit saya,” tambah Azwan.

azwan ali
Semua
Hiburan
Berita
Variasi