suria

Baru ada dua lagu, As’ad Motawh dah umum nak buat konsert jelajah

PENYANYI As’ad Motawh mengumumkan akan mengadakan siri konsert jelajah ke seluruh negara pada Februari ini.

Menurut Asad, 18, konsert pertamanya itu akan turut disertai beberapa penyanyi lain dari syarikat rakamannya.

Pendedahan As'ad di Twitter

"Setakat ini enam lokasi sudah ditentukan, mungkin ada pertambahan lagi kerana saya bercadang untuk ke Sarawak dan Johor dan negeri-negeri lain," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai kewajarannya untuk mengadakan konsert jelajah walaupun berbekalkan dua lagu, Asad berkata dia menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk peminat.

"Memang ada dua lagu sahaja, tapi kemungkinan saya akan lancarkan satu lagu baru ketika siri jelajah itu," katanya.

Peminat turut meluahkan rasa teruja menanti konsert As'ad

Terdahulu menerusi Twitter, Asad berkongsi pengalaman lucu apabila dia terlupa untuk berkongsi mengenai perancangan konsert itu ketika menjadi tetamu program Meletop.

“Terlupalah... mungkin saya sedang fikirkan perkara lain biarpun saat melangkah masuk ke studio saya sudah bersedia untuk umumkan konsert yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Saya sendiri tidak pasti apa yang difikirkan, mungkin kerana terpegun dengan kecantikan penyanyi Sarah Suhairi yang berada disebelah saya ketika itu,” katanya.

asa'ad motawh


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi