suria

“Ada mulut-mulut kata saya tak boleh nyanyi 'live', suara kau sedap ke?” - Danial Zaini

ISU yang tular membabitkan jururawat dan seorang selebriti wanita baru-baru ini turut memberi tempias kepada lagu nyanyian Danial Zaini berjudul Siti Bilang Cuti.

Dalam hal ini, lagu tersebut bukan menerima tempias negatif, sebaliknya secara tidak langsung telah memberi publisiti kerana dilihat mengangkat kerjaya seorang jururawat.

"Dua minggu selepas melancarkan lagu ini, isu jururawat timbul dan sedikit sebanyak membantu menaikkan semula lagu ini," katanya.

Dalam masa yang sama, penyampai radio Era itu turut memberitahu ada menerima kecaman pendengar.

"Ada yang kecam kata saya tak boleh nyanyi secara 'live', saya nak beritahu sebelum saya jadi pelawak saya penyanyi tau dan ada masuk beberapa pertandingan.

"Tapi niat masa itu terbantut dan tak salah kalau saya nak ceburi bidang ini pula sekarang.

"Mulut-mulut yang kata suara saya tak sedap, saya terima sajalah, tapi suara korang sedap ke?," ujarnya.

Sementara itu, Danial memberitahu dia dalam perancangan mengadakan promosi lagu tersebut di Indonesia.

"Kita ada perancangan nak ke sana cuma kekangan masa sebagai penyampai radio membuatkan saya agak terbatas.

"InsyaAllah, kita akan cuba merangka promosi di sana dan bertemu pendengar di Indonesia," ujarnya.

Danial Zaini


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi