suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlupa isi minyak, Toyota Vellfire Zizan Razak tersadai tepi ‘highway’

GARA-GARA terlupa mengisi minyak kenderaan, kereta mewah milik pelakon Zizan Razak tersadai di sebuah lebuh raya pada Rabu malam.

Menerusi Instagram, Zizan memuat naik rakaman video memperlihatkan kereta berwarna hitam itu diletakkan di bahu jalan.

"Tadi tengah cakap dalam telefon, dah tengok stesen minyak, tapi lupa nak isi.

"Minyak yang kehabisan itu satu perkara luar biasa, itu berpunca daripada kelalaian saya," katanya.

Dalam rakaman tersebut turut kelihatan beberapa orang peronda lebuh raya menghulurkan bantuan.

Rata-rata pengikut melahirkan rasa simpati, malah ada juga yang turut terhibur dengan keletah bersahaja Zizan.

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak stesen minyak, tak adalah minyak!," tulis Kerolandwar.

"Alahai tak tahu nak gelak ke nak rasa sedih ni," kata Malifa pula.

Rakaman kejadian yang dimuat naik di laman tersebut mendapat hampir satu juta tontonan dan menerima lebih 1000 komen daripada pengikut.

Zizan Razak


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi