suria

"Korang minta, korang dapat!" - Andi Bernadee menggelupur sahut cabaran pegang ular

PENYANYI Andi Bernadee pernah menjadi bahan jenaka kerana gelagatnya yang fobia terhadap ular disiarkan menerusi sebuah program hiburan di televisyen.

Bagaimanapun Andi cuba mengatasi masalah itu selepas bersetuju menyahut cabaran peminat untuk memegang reptilia itu sambil menyanyikan lagu baharunya, Satu Peluang.

"Sebelum ini saya beri peluang kepada peminat mecadangkan lokasi untuk saya menyanyikan lagu itu.

"Tak sangka cadangan untuk menyanyi sambil memegang ular adalah paling banyak, jadi saya cuba sahut cabaran itu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Andi Bernadee cuba lawan fobia terhadap ular

Bercerita mengenai persediaannya itu, Andi berkata dia mengambil masa selama empat hari untuk membaca mengenai kaedah melawan fobia khususnya terhadap ular.

Bagaimanapun menerusi video yang dikongsikan Andi, keberanian yang ditunjukkannya hanya seketika.

"Saya cuba bayangkan ular itu seperti ikan. Namun keadaan berubah apabila kepala ular sawa terbabit memandang ke arah saya.

"Ketika itu saya mula menjadi tidak terkawal. Saya harap peminat berpuas hati dengan cabaran ini walaupun saya akui agak malu dengan sendiri," katanya.

andi bernadee


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi