suria

#Bizibody: Puas cari Ben Ladin, rupa-rupanya menyorok dalam gua

ISTIMEWA #Bizibody minggu ini kita bersama penyanyi, Ben Ladin melawat Aquaria, KLCC di Kuala Lumpur.

Lihatlah sendiri aksi lucu penyanyi lagu Hikayat Benladin ini ketika menerima kunjungan mStar Online.

Menurut Ben, dia seorang remaja yang ringkas dan selesa membawa beg galas bersaiz besar ketika berada di luar rumah.

"Saya memang akan bawa beg galas kemana-mana sahaja, senang nak simpan barang yang banyak ni.

"Antara yang saya selalu bawa ialah cermin mata, topi dan aksesori lain.

"Selain itu, telefon bimbit, dompet dan gajet lain. Rasanya paling banyak dalam beg saya ni resit pembelian barangan saja," katanya.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang rakaman Bizibody kali ini ialah menyaksikan penjaga Aquaria memberi makan kepada ikan jerung, berjalan di terowong underwater dan pameran ikan lutsinar.

Menarik kan? Jom tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Ben Ladin, Bizibody


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi