"Oh well... lagu dah siap, dah keluar nak buat macam mana" - Elizabeth Tan - Video | mStar

"Oh well... lagu dah siap, dah keluar nak buat macam mana" - Elizabeth Tan

PENYANYI Elizabeth Tan berkata dia tidak menyedari mengenai melodi lagu terbaharunya berjudul Semua Sudah yang dikatakan mirip lagu Sayang Orang Baik ciptaan Alif Sleeq.

Malah menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, tiada apa yang boleh dilakukan sungguhpun jika dakwaan itu benar.

“Sejujurnya saya tidak pernah dengar lagu itu. Tapi lagu ini (Semua Sudah) saya adalah penulis liriknya.

"Oh well... lagu dah siap, dah keluar nak buat macam mana," katanya kepada mStar Online.

Pertengahan Disember lalu Elizabeth melancarkan lagu Semua Sudah ciptaan Alif Sleeq.

Untuk rekod, Aliff juga adalah penyanyi dan komposer bagi lagu Sayang Orang Baik pada 2016.

Sementara itu mengulas mengenai penerimaan lagu berkenaan, Elizabeth berkata dia berterima kasih kepada pendengar yang memberi maklum balas positif.

"Saya tak jangka sambutannya adalah sebaik ini. Saya sangat gembira kerana ratio like juga tinggi di YouTube," katanya.

elizabeth tan
Semua
Hiburan
Berita
Variasi