Tunggu Aafiyah umur 2 tahun, Siti Nurhaliza sedia tambah anak lagi - Video | mStar

Tunggu Aafiyah umur 2 tahun, Siti Nurhaliza sedia tambah anak lagi

PENYANYI nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk menambah seorang lagi cahaya mata.

Ibu kepada Siti Aafiyah ini bagaimanapun berkata, beliau hanya bersedia untuk hamil lagi dalam tempoh setahun akan datang.

"Memang kalau boleh nak tambah lagi, namun bergantung kepada rezeki Allah.

"Walaubagaimanapun sebaiknya biarlah selepas usia Aafiyah memasuki dua tahun," kata Siti kepada mStar Online.

Isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 baru-baru ini.

Mengulas mengenai perancangannya selepas memasuki usia 40 tahun, Siti berkata beliau mahu melihat karier nyanyian dan perniagaannya terus berkembang maju.

"Bagi saya usia 40 tahun ini adalah keberkatan Allah kepada saya. Sebenarnya saya tak sabar nak tengok sejauh mana pecapaian selama ini.

"Saya juga harapkan Allah kurniakan keimanan yang tinggi kepada saya selain mengenai urusan kerja dan bisnes," katanya.

siti nurhaliza
Semua
Hiburan
Berita
Variasi