suria

Lapan tahun berambut panjang, Dazrin Kamarudin 'test market' dengan imej baru

PELAKON Dazrin Kamarudin berkata penampilan baharu yang berambut pendek dibuat bagi memberi imej lebih segar terhadap diri dan kerjaya lakonannya.

Dazrin atau nama sebenarnya Dazrin Kamarudin, 31, ia juga sesuai dengan perkembangan semasa tambahan lagi selepas bergelar bapa.

“Saya nekad untuk memberikan impak baru kepada industri dengan tampil dengan imej baru ini, tambahan lagi selepas berumah tangga dan menjadi seorang bapa.

“Pada mulanya saya terpaksa memotong rambut kerana membawakan watak pegawai agensi penguatkuasaan, kemudian saya mula selesa dengan imej tersebut.

"Ada juga peminat menyuarakan pendapat tentang imej saya yang kelihatan kurang kemas sebelum ini,” kata Dazrin kepada mStar Online.

Dazrin tampil dengan imej baru

Dazrin ditemui semasa malam gala filem XX Ray 3 arahan Aziz M. Osman.

Dalam pada itu menurut Dazrin, pembabitannya dalam filem XX Ray 3 hanyalah satu kebetulan ketika dia menjalani pengambaran untuk drama My Darling, Inspektor Daniel tahun lalu.

“Saya berseloroh untuk mendapatkan watak kecil dalam filem ini semasa menjalani pengambaran sebuah drama arahan Aziz M. Osman, namun tak sangka pula saya diberi tanggungjawab untuk membawa salah satu watak utama dalam filem 'legend' ini," katanya.

dazrin kamarudin


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi