Haqiem Rusli wajib bawa cermin mata hitam, topeng mulut untuk privasi - Video | mStar

Haqiem Rusli wajib bawa cermin mata hitam, topeng mulut untuk privasi

EPISOD #Bizibody minggu ini kita bersama penyanyi Haqiem Rusli dan melihat sendiri apa yang dibawa olehnya ketika berada di luar rumah.

Antara barang yang akan dibawa bersama ialah cermin mata hitam, airpod dan topeng penutup mulut dan hidung.

Menurut Haqiem, cermin mata gelap merupakan aksesori utama yang mesti dibawa kerana ia merupakan sebahagian identiti dirinya.

"Cermin mata gelap memang saya akan pakai kerana itu identiti saya dan ada pelbagai koleksi di rumah.

"Yang saya pakai ini merupakan pemberian peminat dan saya gayakan ketika mengadakan persembahan.

"Selain itu, saya bawa Airpod serta topeng penutup mulut dan hidung ini untuk privasi jikalau perlu... jangan kecam ya!," katanya kepada mStar Online.

Selain itu, penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang ini memberitahu dia tidak membawa wang tunai yang banyak ketika berada di luar rumah.

"Saya memang tak bawa duit banyak sangat. Duit pengurus pegangkan!," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Haqiem Rusli , Bizibody
Semua
Hiburan
Berita
Variasi