suria

Ben Ladin tak fikir sambung belajar, nak kerja kumpul duit beli kereta

PASTI ramai yang berdebar-debar menantikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diumumkan pada Mac ini.

Begitu juga dengan penyanyi Ben Ladin yang berharap mendapat keputusan cemerlang dan membanggakan.

Bagaimanapun, Ben berkata dia menerima apa sahaja keputusan setelah berusaha sehabis baik.

"Kalau boleh nak dapat semua A, kita dah cuba sebaiknya, jadi tunggu sajalah keputusan.

"Apa pun result, saya terima dengan hati terbuka sebab apa yang kita dapat itu semuanya hasil usaha kita," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas cari Ben Ladin, rupa-rupanya menyorok dalam gua

Sementara itu, penyanyi lagu Hikayat Benladin ini masih belum mempunyai perancangan menyambung pengajian.

Katanya, dia mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap karier seni yang semakin baik.

"Sekarang ni saya nak fokus nyanyian 100 peratus sebab kalau nak sambung belajar kena berhenti menyanyi dulu.

"Sejujurnya, saya masih belum fikir lagi mengenai hal ini, tapi rasanya mungkin teruskan dengan karier," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Ben Ladin


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi