suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ara Johari pun main PUBG, fobia laut & jarum

PENYANYI Ara Johari mendedahkan beberapa perkara mengenai dirinya yang tidak diketahui ramai.

Kalau kebosanan apa yang akan Ara lakukan?

Main game PUBG, tidaklah hebat sangat, sekadar lepaskan bosan. Selain itu Ara suka menyanyi, bersukan antaranya futsal dan hiking.

Apa perkara yang tidak disukai oleh Ara?

Orang yang suka marah-marah, pernah berdepan manusia berperangai begitu tapi saya malas nak layan. Saya juga takut bila berada dekat laut kerana akan fikir macam-macam, terbayang jerung dan haiwan dalam laut tu. Satu lagi saya takut jarum suntikan, kalau jarum menjahit itu tak apa.

Impian Ara untuk tahun ini?

Saya mahu kukuhkan lagi nama dalam industri dan merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Tahun lalu saya dah capai sasaran membeli kereta, tahun ini saya impi untuk dapat rumah pula, sebab itu saya nak serius dalam perniagaan. Insya-Allah, doa-doakan ya!

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi