suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga berat hati, tapi Sarah Suhairi teringin sangat sertai misi bantuan Syria

PENYANYI Sarah Suhairi bersyukur hasratnya untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Syria mendapat restu daripada keluarga.

Menurut Sarah, 19, isu keselamatan menjadi kebimbangan utama keluarganya untuk memberi kebenaran menjejaki negara bergolak tersebut.

Sarah Suhairi bakal berada di Syria selama hari

“Pada mulanya keluarga agak berat hati, mereka risaukan keselamatan tambah lagi kerana saya masih muda.

“Namun mereka akhirnya bersetuju apabila kami mengadakan perbincangan dengan pihak penganjur mengenai perancangan ketika berada di sana," katanya kepada mStar Online.


Sarah dapat izin keluarga untuk ke Syria

Sarah akan menyertai Misi Dapur Kaseh Buat Syria bagi membantu pelarian Syria terutama ketika musim sejuk.

Sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dijadual akan bertolak pada pukul 7 petang Rabu.

Sementara itu Sarah juga berharap agar orang ramai tampil menghulurkan bantuan yang menyasarkan kutipan dana sebanyak RM200,000.

Barisan sukarelawan yang bakal berangkat ke Syria petang ini

“Saya harap semuanya berjalan lancar, kami meletakkan misi untuk membina dapur untuk kegunaan mereka di sana.

"Mereka juga tiada baju sejuk, jadi kami cuba bantu apa yang termampu," katanya.

sarah suhairi, syria


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi