Dilabel perempuan tak baik, Shakila Khoriri naik menyampah dengan 'ustazah' jadian - Video | mStar

Dilabel perempuan tak baik, Shakila Khoriri naik menyampah dengan 'ustazah' jadian

PELAKON Shakila Khoriri tampil mempertahankan suaminya yang juga penyampai radio Suria FM, Fizi Ali selepas dilabel sebagai lelaki dayus oleh segelintir pihak.

Shakila atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri mengakui menerima banyak teguran dan cemuhan berikutan video gurauan di media sosial yang dilihat agak kasar.

Shakilla Khoriri pertahan suami

“Kami gemar memuat naik video kisah rumah tangga di Instagram. Semuanya tidak dirancang kerana sekadar gurauan.

"Tapi ada uztaz dan ustazah (netizen) marah kenapa buat suami begitu, kasihan Fizi kahwin dengan perempuan tak baik," kata Shakila kepada mStar Online.

Pasangan selebriti ini ditemui pada majlis sidang media memperknalkan barisan artis dibawah naungan syarikat Datu Entertainment.

Luahan Shakilla di Instgram

Bercerita lanjut mengenai isu ini, Fizi berkata telah menjadi kebiasaan dia dan isteri untuk bergurau serta berkongsi momen-momen mereka diluar waktu kerja dengan pengikut di media sosial.

"Kepada yang selalu tengok Instagram kami, anggaplah ia sebagai hiburan. Janganlah ambil ia terlalu serius, ia hanya hiburan untuk anda yang tengah stress," katanya.

Dalam perkembangan lain, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 ini dijadual akan menimang cahaya mata sulung mereka pada 13 Mac ini.

Shakilla dijadualkan bakal melahirkan cahaya mata pertama 13 Mac ini

“Memang gemuruh nak menanti kehadiran cahaya mata pertama ini, namun saya hanya berharap anak pertama kami ini dilahirkan dengan keaadaan sihat dan sempurna.

“Apa yang lebih mengembirakan ialah saya sudah tidak sabar untuk kembali berlakon, Fizi juga telah memberi 'green light' untuk saya memulakan pengambaran sebaik sahaja habis tempoh berpantang,” kata Shakila.

fizi ali , shakilla khoriri
Semua
Hiburan
Berita
Variasi